'ARL LADIES DOUBLES LEAGUE' kali yang ke-8 telah pun berlangsung pada 7th Mac 2010 yang lalu. Setiap pasukan dibenarkan mempunyai keanggotaan seramai 6 peserta dan hanya 2 anggota yang perlu beraksi pada setiap perlawanan. Hanya 10 pasukan sahaja yang mengambil bahagian. Perlawanan akan berlangsung pada setiap hari Ahad, Jam 5.00pm.
OBJEKTIF
Acara ini bertujuan untuk menggiatkan dan mengembangkan lagi sukan Bowling disamping menjadikan ia satu aktiviti sukan yang sihat. Sukan ini diharapkan dapat mengukuhkan lagi semangat Setiakawan dan Kesukanan dari semua pasukan yang menyertainya.
PENYERTAAN
Setiap penyertaan adalah terbuka untuk semua “ Graded Bowlers” dari serata tempat.
YURAN
i) Bayaran mingguan sebanyak RM40.00 mesti dijelaskan sebelum atau selepas perlawanan di mulakan
ii) Deposit berjumlah RM100.00 (dikembalikan mengikut syarat) dan Wang Hadiah (Trophy Fund) sebanyak RM360.00 mesti dijelaskan pada selewat-lewatnya minggu ke 9 perlawanan bermula.
Untuk keterangan penuh sila klik :-



