Liga Antara Jabatan Kerajaan dan Agensi Kali ke-10 sedang berlangsung di ARL POWER BOWL, Alamanda, Putrajaya pada 18 Januari 2010 yang lalu. Setiap pasukan dibenarkan mempunyai keanggotaan seramai 10 peserta dan hanya 4 anggota yang perlu beraksi pada setiap perlawanan. Hanya 16 pasukan sahaja yang mengambil bahagian. Perlawanan akan berlangsung pada setiap hari Isnin Jam 8.30 malam dan akan bermula pada 18 JANUARI 2010.
PENYERTAAN
Setiap Pasukan hanya layak disertai oleh “Graded Bowlers” sahaja dan mestilah terdiri dari kakitangan kerajaan atau agensi kerajaan serta badan berkanun sahaja.
Pengecualian penyertaan dari sektor luar dari syarat diatas adalah dibenarkan tertakluk kepada syarat-syarat berikut:-
i) Penyertaan mestilah dari pihak yang menaja Liga tersebut.
ii) Jawantankuasa Liga berhak menambah atau mengurangkan syarat-syarat yang perlu.
OBJEKTIF
Acara ini bertujuan untuk menggiatkan dan mengembangkan lagi sukan Bowling disamping menjadikan ia satu aktiviti sukan yang sihat. Sukan ini diharapkan dapat mengukuhkan lagi semangat Setiakawan dan Kesukanan dari semua pasukan yang menyertainya.
Untuk keterangan penuh sila klik :-



